Monday, July 20, 2009

SAKTI IV

Program Asas Latihan Kepimpinan Generasi Pewaris
(2009)

Kem Sukarelawan dan Jatidiri ( SAKTI IV)

14 – 16 Ogos 2009 / 23-25 Sya’ban 1430


Anjuran :
Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM )
Negeri Sembilan
Dan
Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)

Dengan kerjasama:
Jabatan Belia Negeri Sembilan

Pengenalan

Kepimpinan merupakan salah satu nilai ekslusif yang perlu ada pada individu yang berperibadi cemerlang. Masyarakat yang gemilang lahir dari hasil kepimpinan yang cemerlang. Namun, apa yang membimbangkan adalah nilai murni tersebut semakin pudar di kalangan masyarakat kini khususnya di kalangan belia remaja yang menjadi pewaris kepimpinan generasi masa hadapan.


Perkembangan gejala negatif dikalangan remaja semakin membarah. Barisan harapan negara ini semakin jauh dibawa arus hiburan yang melalaikan dan gaya hidup yang berpaksikan acuan hedonisma. Remaja yang tiada prinsip kehidupan dan lemah jatidiri ini akan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang melalaikan.


Justeru, dengan kesedaran pada kepentingan menyediakan modal insan sebagai teras pembangunan negara, ABIM dan Biro Skil dan Sukarelawan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) terpanggil untuk menganjurkan Program Latihan Kepimpinan Generasi Pewaris Negara. Program yang akan diadakan ini merupakan salah satu wadah didalam menyiapkan diri para peserta didalam menghadapi kepelbagaian situasi kepimpinan yang akan datang. Pendedahan kepada cabaran arus perdana serta jalan penyelesaiannya harus dihayati para belia agar siap menghadapinya dengan bijaksana.


Dalam program ini, ABIM dan GPTD akan memilih sepasukan sukarelawan muda yang telah berpengalaman di dalam kerja pembangunan sosial akan berkongsi pengalaman serta memberi pendedahan secara mengakar dan praktikal tentang peranan dan tanggungjawab belia sebagai pemimpin masa hadapan negara, sejajar dengan objektif ABIM melahirkan golongan belia berkepimpinan tinggi serta produktif di peringkat nasional dan antarabangsa.

Objektif

• Membentuk perbadi yang mengenali siapa diri dan faham tanggungjawab
• Membina keyakinan dengan mendasari kepentingan ilmu di dalam kehidupan seharian
• Mengupas cabaran kepimpinan masa kini dan masa hadapan
• Mendedahkan peserta kepada aktiviti-aktiviti sosial dalam negara
• Membentuk peribadi remaja yang mampu menjadi agen perubahan positif didalam masyarakat
• mengaplikasikan cara pemilihan ahli GPTD yang selari (Standard of Procedure on the election of GPTD’s members -SOP)